Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Timbalan Kpn Iringi Mdn Dalam Lawatan Kerja Rasmi Di Bangunan Sultan Iskandar

Published: 11 Oct 2023 8.59 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 11 Oktober 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam lawatan kerja rasmi beliau di Bangunan Sultan Iskandar di sini pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-iringi-mdn-dalam-lawatan-kerja-rasmi-di-bangunan-sultan-iskandar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:14 MYT
Johor Bahru, 11 Oktober 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam lawatan kerja rasmi beliau di Bangunan Sultan Iskandar di sini pagi tadi.

Lawatan yang turut disertai Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat itu bagi melihat pengoperasian dan masalah kesesakan melibatkan para penunggang motosikal di bangunan tersebut, selain isu keselamatan di Tambak Johor bagi mengekang masalah pencerobohan atau pembolosan.

Seusai lawatan, program diteruskan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan secara telesidang oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Hj. Fadillah Yusof.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Ruslin Jusoh, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat, Pengurusan Tertinggi Kementerian, para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan wakil-wakil agensi.

Sumber: Polis Johor
ArticlePublished 11 Oct 2023 8.59 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM