
Artikel
Posting Pilihan Timbalan Kpn Iringi Mdn Dalam Lawatan Kerja Rasmi Di Bangunan Sultan Iskandar
Johor Bahru, 11 Oktober 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk S...
Johor Bahru, 11 Oktober 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam lawatan kerja rasmi beliau di Bangunan Sultan Iskandar di sini pagi tadi.
Seusai lawatan, program diteruskan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Kesesakan di Tambak Johor Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan secara telesidang oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Hj. Fadillah Yusof.
Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Ruslin Jusoh, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat, Pengurusan Tertinggi Kementerian, para pegawai kanan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan wakil-wakil agensi.
Sumber: Polis Johor