
Artikel
Posting Pilihan Timbalan Kpn Hadiri Taklimat Poca Sosma Dan Pota Di Kdn 311023
Putrajaya, 31 Oktober 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menghadiri taklimat Akta Kesalahan Kese...
Putrajaya, 31 Oktober 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menghadiri taklimat Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, petang tadi.
Hadir sama, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri




