Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Timbalan Kpn Hadir Mesyuarat Jpka Kdn Bilangan 3 Tahun 2023

Published: 16 Oct 2023 1.40 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Kinabalu, 16 Oktober 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun (JKPA), Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 3 tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj Abdul Rahman, di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-hadir-mesyuarat-jpka-kdn-bilangan-3-tahun-2023
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:55 MYT
Kota Kinabalu, 16 Oktober 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun (JKPA), Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 3 tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan membentang dan membincangkan prestasi pengurusan kewangan, pembangunan, laporan perakaunan, perancangan perolehan, aset dan pengauditan KDN bagi suku ketiga tahun 2023.

Dato’ Hj. Abdul Halim berharap pemantauan ke atas pengurusan kewangan berkaitan prestasi belanja, Arahan Perbendaharaan (AP) 59, AP 58, Akaun Belum Terima, pembayaran bil dan sebagainya dilaksanakan secara berkala dan teliti bagi memastikan pelaksanaannya teratur serta sentiasa mematuhi peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

Turut hadir, Ketua-ketua jabatan dan agensi serta setiausaha bahagian KDN.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)
 
ArticlePublished 16 Oct 2023 1.40 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM