Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Hadir Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara Bilangan 1 Tahun 2024

Diterbitkan: 22 Feb 2024 12.31 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Putrajaya, 22 Februari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara Bilangan 1 Tahun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-hadir-mesyuarat-jawatankuasa-pemantapan-kawalan-sempadan-negara-bilangan-1-tahun-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:22 MYT
Putrajaya, 22 Februari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara Bilangan 1 Tahun 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, hari ini.

Mesyuarat yang bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan dalam kawalan dan penguatkuasaan sempadan negara melibatkan Kementerian, Jabatan dan Agensi telah dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan Ketua Setiausaha (Timbalan KSU) (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Setiausaha (KSU) (Dasar dan Kawalan) KDN, Datuk Mohd Zamri Mat Zain.

ArtikelDiterbitkan 22 Feb 2024 12.31 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM