
Artikel
Posting Pilihan Timbalan Kpn Hadir Menunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Warga Psp Di Surau Ehsaniah
Kajang, 10 Julai 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha bersama warga Pasukan Simpana...
Kajang, 10 Julai 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha bersama warga Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) di Surau Ehsaniah PSP, Cheras, Selangor.
Ketibaan Tan Sri Razarudin disambut oleh Komander PSP, SAC Mohd Said Ibrahim bersama timbalannya ACP Rosman Kasman dan Pegawai Pemerintah Unit 4 PSP Kuala Lumpur merangkap Yang DiPertua Surau Ehsaniah PSP, Cheras, Superintendan Mohd. Fadhli Daud.
Sejurus selesai solat sunat, Tan Sri Razarudin berkesempatan melihat sendiri proses penyembelihan binatang korban di mana sebanyak lapan ekor lembu telah dikorbankan termasuk sumbangan daripada beliau sendiri.
Agihan daging korban diberi kepada fakir miskin di kawasan Hulu Langat, Semenyih dan kariah Surau Ehsaniah PSP, Cheras. Dalam program yang sama turut diadakan majlis aqiqah oleh penduduk setempat.
Hadir sama Pegawai Pemerintah Unit 1 PSP Kuala Lumpur, Superintendan Jafri Muhamad serta warga PSP Kuala Lumpur.