Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Hadir Lawatan Ke Lokasi Tempat Kejadian Insiden Kebakaran Di Putra Height

Diterbitkan: 02 Apr 2025 2.16 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.07 PM
Subang Jaya, 2 April 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke lokasi kejadian insiden kebakaran di Putra Height dekat sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-hadir-lawatan-ke-lokasi-tempat-kejadian-insiden-kebakaran-di-putra-height
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:35 MYT
Subang Jaya, 2 April 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke lokasi kejadian insiden kebakaran di Putra Height dekat sini, semalam.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari.

Dalam lawatan itu, Dato' Seri Ayob Khan telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkenaan kejadian berlaku di mana kesemua elemen yang terlibat memberikan fokus utama kepada keselamatan keamanan kawasan dan mangsa.

Pihak polis sedia bekerjasama bersama agensi terlibat bagi menjalankan siasatan terperinci dakwaan punca kebakaran saluran paip gas disebabkan oleh aktiviti mengorek tanah di kawasan tanah rizab Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Gerakan) Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP M.V. Srikumar Madhavan Nair, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat.

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 10 people

May be an image of 8 people and text

May be an image of ‎2 people, dais and ‎text that says '‎ИA 通 POLS POLIS ФИKOMAR ي ANDA ANDA‎'‎‎

May be an image of 3 people and text that says 'ZAI AL POA TEH 122 0r022 ENGU POLS ANDA'

ArtikelDiterbitkan 02 Apr 2025 2.16 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.07 PM