
Article
Posting Pilihan Timbalan Kpn Hadir Ke Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Sempena Hari Hol
Johor Bahru, 22 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena H...
Johor Bahru, 22 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, di sini, malam tadi.
Majlis telah dipimpin oleh Mufti Johor, Dato Hj. Yahya Ahmad, diikuti dengan solat Maghrib berjemaah dan majlis santapan.
Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor yang diamalkan sejak tahun 1896, setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.
Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Hj. Azmi Rohani dan Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat serta para tetamu kenamaan yang lain.