Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Hadir Ke Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Sempena Hari Hol

Diterbitkan: 22 Aug 2023 2.58 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Johor Bahru, 22 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, di sini, malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-hadir-ke-majlis-bacaan-yasin-dan-tahlil-sempena-hari-hol
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:09 MYT
Johor Bahru, 22 Ogos 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, di sini, malam tadi.

Turut berangkat dalam majlis tersebut, Tunku Panglima Johor, Yang Amat Mulia (YAM) Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Majlis telah dipimpin oleh Mufti Johor, Dato Hj. Yahya Ahmad, diikuti dengan solat Maghrib berjemaah dan majlis santapan.
Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor yang diamalkan sejak tahun 1896, setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato’ Dr. Hj. Azmi Rohani dan Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat serta para tetamu kenamaan yang lain.

ArtikelDiterbitkan 22 Aug 2023 2.58 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM