
Artikel
Posting Pilihan Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kebajikan Ke Atas Pesara Polis
Shah Alam, 17 Jun 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan lawatan kebajikan ke atas pesara Pegawai Ka...
Shah Alam, 17 Jun 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan lawatan kebajikan ke atas pesara Pegawai Kanan Polis, SAC Dato' Kamarudin Mat Desa di kediamannya di Shah Alam, semalam.
Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam menyantuni dan menghargai jasa pesara yang telah banyak berkorban demi negara. Usaha berkenaan sebagai tanda penghormatan serta keprihatinan terhadap kebajikan mereka yang pernah menyumbang tenaga dan bakti kepada Pasukan.
Turut mengiringi Timbalan KPN menyantuni pesara tersebut, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan dan Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol.