
Artikel
Posting Pilihan Taktik Guna Kereta Edar Dadah Tumpas Syabu Rm3 072 Juta Dirampas
Kuching, 29 Julai 2025 – Taktik licik sindiket pengedaran dadah menggunakan kereta sebagai “stor bergerak” untuk menyerahkan bekalan kepada pembeli berjaya dih...
Kuching, 29 Julai 2025 – Taktik licik sindiket pengedaran dadah menggunakan kereta sebagai “stor bergerak” untuk menyerahkan bekalan kepada pembeli berjaya dihidu polis dalam satu operasi khas di Kota Sentosa pada 19 Julai lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) CP Dato’ Hussein Omar Khan berkata serbuan oleh JSJN Bukit Aman bersama JSJN Sarawak pada 8.50 malam itu, membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia 25 dan 27 tahun, dalam sebuah kereta jenis Perodua Alza.
Beliau berkata sindiket yang dipercayai aktif sejak awal tahun ini akan meninggalkan kenderaan berisi dadah di lokasi tertentu dalam keadaan tidak berkunci, membolehkan pembeli mengambil sendiri bekalan tanpa sebarang interaksi fizikal bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan itu menemukan satu beg hitam dan tiga kotak keperangan berisi 80 bungkusan bertulisan “Guan Yin Wang” yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu.
"Jumlah rampasan dianggarkan seberat 83 kilogram dengan nilai pasaran kira-kira RM3.07 juta dan mampu merosakkan sejumlah 415,000 individu. Polis turut menyita wang tunai berjumlah RM1,100 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM3.072 juta," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Bacaan lanjut menerusi pautan berikut,