Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Taklimat Persiapan Pru Ke 15 Kontinjen Kedah Kepada Kpn

Diterbitkan: 29 Sep 2022 12.49 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Polis Kedah
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-taklimat-persiapan-pru-ke-15-kontinjen-kedah-kepada-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:16 MYT
Posting Pilihan Taklimat Persiapan Pru Ke 15 Kontinjen Kedah Kepada Kpn
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Taklimat Persiapan Pru Ke 15 Kontinjen Kedah Kepada Kpn
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Taklimat Persiapan Pru Ke 15 Kontinjen Kedah Kepada Kpn

Sumber: Polis Kedah
Alor Setar, 29 September 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir ke Kontinjen Kedah bagi mendengar taklimat persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 peringkat Kontinjen Kedah.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Taklimat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama tadi telah disampaikan oleh Urus Setia PRU Kontinjen Kedah, ACP Muhammed Rizal Kamarudin bersama barisan ketua jabatan yang terlibat.

Hadir sama dalam sesi taklimat tersebut ialah Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato' Mohd Roze Shaari, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan dan Ketua-Ketua Polis Daerah Kontinjen Kedah.

Sumber: Polis Kedah

ArtikelDiterbitkan 29 Sep 2022 12.49 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM