
Artikel
Posting Pilihan Syabas Dan Tahniah Muzium Pdrm Atas Pengiktirafan Certificate Of Excellence
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim serta warga Polis Diraja Malaysia mengu...
Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani dan Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim serta warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Muzium PDRM dan warga kerjanya yang julung kali menerima pengiktirafan Certificate of Excellence 2021/2022 bagi kategori Tourist Attraction daripada Presiden Malaysia Tourism Council (MTC), Encik Uzaidi Udanis, kelmarin.
Selain pengiktirafan tersebut, Muzium PDRM turut menerima Certificate of Compliance bagi COVID-19 Adopt & Adhere Guideline Government Standard Operating Procedures On COVID-19 daripada Malaysia Productivity Corporation kerana mematuhi garis panduan langkah pencegahan wabak COVID-19 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Pengarah Muzium Kepolisan, Superintendan Selamat Sainayune juga dianugerahkan Certificate of Recognation atas sumbangan dan sokongan yang berterusan dalam industri pelancongan di Malaysia, khususnya dalam memelihara dan memulihara warisan PDRM serta menaiktaraf pembangunan Muzium PDRM.
Semoga dengan pengiktirafan yang diterima, Muzium PDRM akan terus maju jaya dalam memartabatkan dan memelihara warisan sejarah PDRM.
Sumber: Muzium PDRM