Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Sm Vijaya Derma Darah Kali Ke 63 Sempena Hari Lahir

Diterbitkan: 05 Oct 2020 1.10 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Beliau bukan sahaja bertugas menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat, malah turut bergelar 'adiwira' dengan mendermakan darah buat kali ke-63 sepanjang hayatnya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-sm-vijaya-derma-darah-kali-ke-63-sempena-hari-lahir
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:47 MYT

Beliau bukan sahaja bertugas menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat, malah turut bergelar 'adiwira' dengan mendermakan darah buat kali ke-63 sepanjang hayatnya.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Sarjan Mejar (SM) Vijaya Kumar Muthu Veloo yang bertugas di Cawangan D5, Kompleks Mahkamah Putrajaya atas keprihatinan beliau dalam membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan bekalan darah.

Lebih bermakna lagi, darah yang didermanya kali ini dilakukan sempena ulang tahun kelahiran beliau pada 1 Oktober yang lalu.

Sebagai rekod, SM Vijaya telah mendermakan darah kepada Pusat Darah Negara sejak tahun 1989 iaitu seawal perkhidmatannya dalam Polis Diraja Malaysia. Malah, pemilik darah jenis O positif itu tidak akan terlepas untuk melaksanakan tanggungjawab sosial tersebut sekurang-kurangnya empat kali setahun.

Jom sama-sama kita mencontohi keperibadian SM Vijaya dengan membantu Pusat Darah Negara bagi memastikan bekalan darah yang diperlukan sentiasa mencukupi. Semoga kisah ini mampu menjadi teladan dan inspirasi buat seluruh warga PDRM.

Selain menikmati pelbagai manfaat kesihatan, menderma darah juga dapat menggantikan sel-sel darah yang baharu, sekali gus mengekalkan kecergasan dan menjadikan anda lebih produktif dalam melakukan kerja.

Sumber: Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia

Image may contain: 1 person, sitting, text that says 'Thanks for donating & Hayppay Birthday Whole blood donation 63!'
ArtikelDiterbitkan 05 Oct 2020 1.10 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM