
Article
Posting Pilihan Sifat Ihsan Anggota Bp Petaling Jaya Bantu Bawa Wanita Ke Hospital
Dua anggota dari Balai Polis (BP) Petaling Jaya iaitu Koperal Khairul Nizam Che Musa dan Konstabel Sasi Kumar mempamerkan nilai kemanusiaan yang tinggi apabila...
Dua anggota dari Balai Polis (BP) Petaling Jaya iaitu Koperal Khairul Nizam Che Musa dan Konstabel Sasi Kumar mempamerkan nilai kemanusiaan yang tinggi apabila membantu membawa seorang wanita ke hospital akibat masalah kesihatan serius.
Wanita berkenaan dilapor memberhentikan kenderaannya di laluan kanan Kilometer 49, Lebuhraya New Pantai (NPE), Petaling Jaya, Selangor, semalam.
Sebaik polis tiba di lokasi, wanita tersebut memaklumkan bahawa beliau menghidapi penyakit barah tumor dan tidak dapat meneruskan pemanduan. Tanpa berlengah, Konstabel Sasi menawarkan diri memandu kenderaan tersebut dan membawa wanita berkenaan ke Hospital Beacon bagi mendapatkan rawatan segera.
Tindakan pantas dan penuh belas ihsan itu bukan sahaja melancarkan perjalanan ke hospital, malah mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia dalam mengutamakan keselamatan serta kesejahteraan rakyat.
Sumber: Balai Polis Petaling Jaya Official