Artikel
Posting Pilihan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Ziarah Anggota Jspt Cedera
Kuala Lumpur, 28 Oktober 2025 – Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menziarahi dua anggota Jabatan...
Kuala Lumpur, 28 Oktober 2025 – Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menziarahi dua anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang cedera dalam kemalangan ketika menjalankan tugas sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini.
Lawatan kebajikan tersebut turut disertai Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri bersama Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Encik Omar Mokhtar.
Kunjungan dimulakan di kediaman Lans Koperal Muhammad Danial Mohd Nadzri dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya yang mengalami retak pergelangan tangan kiri dan luka di bibir, diikuti lawatan ke rumah Koperal Kamarul Suari dari JSPT Kuala Lumpur yang patah betis serta cedera di pergelangan kaki.
Datuk Seri Shamsul Iskandar yang mewakili Dato' Seri Anwar Ibrahim turut menyampaikan sumbangan serta menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada dua anggota terbabit sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan mereka.
Turut hadir, Timbalan Pengarah JSPT I Bukit Aman, DCP Mohd Rozi Jidin, para pegawai kanan, anggota dan pegawai awam JSPT Bukit Aman, Kontinjen Kuala Lumpur serta Selangor.
