Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Sarjan B Abdul Latif Dan Rakan Luang Masa Bersara Lakukan Aktiviti Kemasyarakatan

Published: 29 Sep 2020 6.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kubang Pasu, 29 September 2020 - Seorang pesara polis berpangkat Sarjan iaitu Sarjan (Bersara) Abdul Latif Yahya, 58, bersama tiga rakan giat menjalankan khidmat masyarakat secara sukarela di sekitar kawasan kejiranan mereka di Taman Pulasan, Jitra, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-sarjan-b-abdul-latif-dan-rakan-luang-masa-bersara-lakukan-aktiviti-kemasyarakatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:26 MYT

Kubang Pasu, 29 September 2020 - Seorang pesara polis berpangkat Sarjan iaitu Sarjan (Bersara) Abdul Latif Yahya, 58, bersama tiga rakan giat menjalankan khidmat masyarakat secara sukarela di sekitar kawasan kejiranan mereka di Taman Pulasan, Jitra, di sini.

Beliau bersama Encik Shoberi Hashim, 64, Encik Hassan Abdul, 62, dan En. Fadilah Abdullah, 66 yang juga merupakan pesara kerajaan mengisi masa terluang yang ada dengan membersihkan kawasan semak samun, menyiram bunga dan memotong dahan pokok kerana sudah biasa dengan kerja-kerja kebajikan seperti itu sejak dalam perkhidmatan dahulu.

Pasukan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Rapid Respond Team" (RTT) Taman Pulasan itu juga mempunyai pengetahuan dalam pertolongan cemas dan lain-lain kemahiran yang boleh dimanfaatkan dalam masyarakat setempat.

Sumber: Polis Kedah

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: one or more people, plant and outdoor

Image may contain: 1 person, standing
ArticlePublished 29 Sep 2020 6.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM