Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Sambutan Hari Malaysia 2025 Di Kedutaan Besar Malaysia Di Indonesia

Published: 16 Sep 2025 11.37 AM Updated: 15 Aug 2026 6.52 PM
Jakarta, 16 September 2025 - Rakyat Malaysia yang menetap di Indonesia turut menyemarakkan semangat perpaduan dengan mengadakan Sambutan Hari Malaysia 2025 di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-sambutan-hari-malaysia-2025-di-kedutaan-besar-malaysia-di-indonesia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:35 MYT
Jakarta, 16 September 2025 - Rakyat Malaysia yang menetap di Indonesia turut menyemarakkan semangat perpaduan dengan mengadakan Sambutan Hari Malaysia 2025 di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, pagi tadi.
Sambutan yang diadakan berlangsung dengan penuh semangat perpaduan dan patriotisme diserikan dengan kehadiran Duta Besar Malaysia di Indonesia, Dato' Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin selaku tuan rumah bagi majlis berkenaan.
Turut memeriahkan majlis, penampilan Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipimpin oleh Pemangku Pengarah Muzik Pusat PDRM, Inspektor Muhammad Farhan bersama empat orang pegawai rendah polis selaku pengiring untuk membawa dan menaikkan Jalur Gemilang di perkarangan Kedutaan Besar Malaysia.
Upacara menaikkan Jalur Gemilang turut diiringi alunan tiupan bagpipe dan ketukan drum dari lima pegawai rendah polis selaku pengiring muzik bagi menyempurnakan upacara tersebut.
Simbolik upacara itu mencerminkan rasa hormat, kesetiaan dan cinta mendalam kepada tanah air, meskipun berada jauh di perantauan.
Hadir sama, barisan pegawai mewakili agensi kerajaan dari PDRM, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia serta para jemputan khas ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
 
 
ArticlePublished 16 Sep 2025 11.37 AMUpdated 15 Aug 2026 6.52 PM