
Artikel
Posting Pilihan Prihatin Tanpa Mengira Waktu Anggota Trafik Bspt Ipd Beaufort Bantu Warga Emas
Dalam kesibukan menjalankan penugasan kawalan lalu lintas serta pemantauan banjir di daerah Beaufort, empat anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan T...
Dalam kesibukan menjalankan penugasan kawalan lalu lintas serta pemantauan banjir di daerah Beaufort, empat anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort tidak mengabaikan tanggungjawab mereka apabila tampil membantu seorang warga emas yang berada dalam kecemasan.
Anggota terbabit iaitu Sarjan Naslee Omar, Sarjan Wilfred Kent Ak Panyin, Koperal Zeno Corindius dan Koperal Mohd Khairul Abbi Paisa bertindak pantas memberikan bantuan awal sebelum membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera.
Keprihatinan dan tindakan segera yang ditunjukkan bukan sahaja mencerminkan profesionalisme warga Polis Diraja Malaysia, malah membuktikan bahawa keselamatan dan kebajikan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan tanpa mengira waktu dan keadaan.
Sumber: BSPTD Beaufort


