
Artikel
Posting Pilihan Ppm Wilayah 3 Rampas 11 060 Rokok Tidak Sah Bernilai Rm15 727 18
Kuantan, 16 Julai 2020 - Unit Risikan Marin Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Kuantan, Pahang telah menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 11,060 b...
Kuantan, 16 Julai 2020 - Unit Risikan Marin Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Kuantan, Pahang telah menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 11,060 batang rokok seludup yang bernilai RM15,727.18 di kawasan perumahan berhampiran Tanah Putih, Kuantan, Pahang, semalam.
Komander PPM Wilayah Tiga, ACP Tuan Norzaid Muhammad Said berkata, serbuan telah dilakukan selepas hasil risikan dan maklumat orang awam mengenai kegiatan pengedaran rokok seludup di kawasan perumahan tersebut.
Tambah beliau, suspek dan barang kes yang dirampas kini disiasat di bawah Akta Kastam 1967 serta menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan aktiviti penyeludupan agar menyalurkannya ke Pusat Kawalan PPM Wilayah Tiga di talian 09-5137726.
Sumber:
Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga