Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Ppm Hulurkan Bantuan Kebajikan Mengurus Keluar Jenazah Pesara Tudm Dari Pulau Langkawi

Diterbitkan: 27 Sep 2020 7.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Langkawi, 27 September 2020 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi telah menghulurkan bantuan kebajikan dengan mengurus proses membawa keluar jenazah seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pulau Langkawi ke Jeti Kuala Perlis, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-ppm-hulurkan-bantuan-kebajikan-mengurus-keluar-jenazah-pesara-tudm-dari-pulau-langkawi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:15 MYT

Langkawi, 27 September 2020 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi telah menghulurkan bantuan kebajikan dengan mengurus proses membawa keluar jenazah seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pulau Langkawi ke Jeti Kuala Perlis, semalam.

Jenazah Allahyarham telah dibawa menggunakan bot ronda RH 9 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jenazah Allahyarham Ismail Idris, 67 yang meninggal dunia di pulau tersebut ketika sedang bercuti bersama keluarga, kemudiannya dibawa pulang ke Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Seluruh warga kerja PDRM menzahirkan salam takziah buat ahli keluarga. Marilah kita bersama mendoakan agar Allah S.W.T hujani segala rahmat serta keberkatan ke atas roh beliau, seterusnya ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh dan beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Pasukan Polis Marin Langkawi

Image may contain: one or more people, people standing, people sitting, ocean, sky, outdoor, water and nature
Image may contain: one or more people
Image may contain: one or more people, people sitting, ocean, outdoor, water and nature
ArtikelDiterbitkan 27 Sep 2020 7.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM