Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Polis Tahan Tujuh Individu Tumpas Sindiket Edar Bunga Ganja Hampir Rm6 Juta

Diterbitkan: 14 Oct 2025 12.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Shah Alam, 13 Oktober 2025 - Kegiatan satu sindiket yang aktif mengedar Bunga Ganja sejak dua bulan lalu tumpas dengan penahanan tujuh individu tempatan serta rampasan dadah bernilai hampir RM6 juta di sekitar Selangor pada 3 hingga 5 Oktober lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-polis-tahan-tujuh-individu-tumpas-sindiket-edar-bunga-ganja-hampir-rm6-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:24 MYT

Shah Alam, 13 Oktober 2025 - Kegiatan satu sindiket yang aktif mengedar Bunga Ganja sejak dua bulan lalu tumpas dengan penahanan tujuh individu tempatan serta rampasan dadah bernilai hampir RM6 juta di sekitar Selangor pada 3 hingga 5 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, pihaknya melancarkan empat serbuan menerusi Op Sungkai di sekitar Selangor yang membawa kepada penahanan lima lelaki serta dua wanita berusia 25 hingga 41 tahun.

"Dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Subang Jaya, kami menahan dua lelaki serta seorang wanita dan merampas 115 bungkusan mengandungi Bunga Ganja seberat 112.23 kilogram (kg) selain 43 paket plastik berisi ketulan mampat disyaki Ganja seberat 4.72 kg.

"Menerusi serbuan kedua, kami menahan dua lelaki di tepi jalan di Petaling Jaya dan merampas 12 bungkusan mengandungi Bunga Ganja seberat 12.52 kg di dalam kenderaan pelbagai guna Perodua Alza," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Berita Harian




Posting Pilihan Polis Tahan Tujuh Individu Tumpas Sindiket Edar Bunga Ganja Hampir Rm6 Juta

Posting Pilihan Polis Tahan Tujuh Individu Tumpas Sindiket Edar Bunga Ganja Hampir Rm6 Juta

Posting Pilihan Polis Tahan Tujuh Individu Tumpas Sindiket Edar Bunga Ganja Hampir Rm6 Juta

May be an image of dais and text that says 'Л jsjnpdrmofficial ® jsjnpdrm_ jsjnpdrm_official official f Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM @JSJNPDRM

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎SIDANG SIDANGMEDIA MEDIA OR ハハ _ ه jsjnpdrmoficial]sjnpdmfficia jsjnpdrm_ jsjnpdrm_official jsjnp
ArtikelDiterbitkan 14 Oct 2025 12.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM