Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Polis Tahan Sembilan Individu Terlibat Sindiket Penipuan Dalam Talian

Diterbitkan: 23 Jan 2022 8.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Kedah, CP Tuan Wan Hassan Wan Ahmad berkata suspek berusia antara 19 dan 51 tahun yang menjadi anggota dua kumpulan itu ditahan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-polis-tahan-sembilan-individu-terlibat-sindiket-penipuan-dalam-talian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:21 MYT
Alor Setar, 23 Januari 2022 - Polis menahan lapan lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dengan kegiatan penipuan dalam talian, selepas membuat empat serbuan di Kedah dan Pulau Pinang, Khamis lepas.

Ketua Polis Kedah, CP Tuan Wan Hassan Wan Ahmad berkata suspek berusia antara 19 dan 51 tahun yang menjadi anggota dua kumpulan itu ditahan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.

“Kesemua suspek ditahan dalam serbuan pada pukul 1.15 petang dan siasatan awal mendapati mereka terlibat dengan kegiatan ini sejak kira-kira setahun lepas, dengan menyamar sebagai pegawai agensi kerajaan, termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata semua mereka direman sehingga Selasa ini, dan polis sedang berusaha mengesan dua dua lelaki berumur 38 dan 41 tahun yang dipercayai turut terlibat dalam kes berkenaan.

Sementara itu CP Tuan Wan Hassan berkata 1,881 kes jenayah komersial dicatatkan sepanjang tahun lepas, berbanding 1,125 kes pada tahun sebelumnya, dengan 90 peratus daripadanya adalah berkaitan penipuan belian dalam talian, “’Macau Scam”, pinjaman wang tidak wujud, pelaburan tidak wujud dan “Love Scam”.

“Jumlah kerugian pada tahun 2021 mencatatkan peningkatan iaitu kepada lebih RM28 juta berbanding RM17 juta pada 2020,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
Sumber: Polis Kedah dan Bernama

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of screen and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 2 people, people standing and text

Posting Pilihan Polis Tahan Sembilan Individu Terlibat Sindiket Penipuan Dalam Talian May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of text

ArtikelDiterbitkan 23 Jan 2022 8.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM