
Artikel
Posting Pilihan Polis Serbu Banglo Dijadikan Makmal 18 Tan Dadah Bernilai Rm1 5 Bilion Dirampas
Kuala Lumpur, 20 Disember 2025 – Polis membongkar makmal haram pemprosesan dadah jenis Ketamin serta menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis Kokain dan Met...
Kuala Lumpur, 20 Disember 2025 – Polis membongkar makmal haram pemprosesan dadah jenis Ketamin serta menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis Kokain dan Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) di sekitar Lembah Klang dengan nilai rampasan dianggarkan RM1.53 bilion, antara yang terbesar tahun ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, kejayaan itu hasil beberapa serbuan yang dijalankan pada 16 Disember lalu berdasarkan maklumat risikan.
Beliau berkata, operasi itu membawa kepada penahanan tiga lelaki tempatan dan tiga wanita warga asing berusia antara 24 hingga 39 tahun di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.
"Serbuan pertama dijalankan di kawasan Cheras, Kuala Lumpur dan berjaya menahan tiga lelaki tempatan serta tiga wanita warga asing.
"Pemeriksaan lanjut di sebuah rumah menemui enam botol cecair disyaki mengandungi dadah jenis MDMA dengan anggaran berat tiga kilogram," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,