Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Polis Rampas Dadah Rm25 5 Juta Di Wang Kelian Suami Isteri Antara Lima Ditahan

Published: 30 Mar 2026 8.18 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kangar, 30 Mac 2026 - Polis menahan lima suspek termasuk suami isteri dan merampas 510 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine dianggar bernilai RM25.5 juta dalam tiga serbuan di sekitar Wang Kelian, dekat Padang Besar, minggu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-polis-rampas-dadah-rm25-5-juta-di-wang-kelian-suami-isteri-antara-lima-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:25 MYT
 
Kangar, 30 Mac 2026 - Polis menahan lima suspek termasuk suami isteri dan merampas 510 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine dianggar bernilai RM25.5 juta dalam tiga serbuan di sekitar Wang Kelian, dekat Padang Besar, minggu lalu.

Suami isteri terbabit ditahan dalam serbuan pertama bersama seorang lagi suspek selepas polis memintas dua kenderaan di Jalan Utama Wang Kelian yang kemudian membawa kepada penemuan 20 guni mengandungi 500 peket Methamphetamine.

Dalam serbuan itu juga, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan dinaiki suspek yang cuba melarikan diri dalam keadaan berbahaya, sebelum kedua-duanya terbabas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan, berkata suspek dikesan menggunakan taktik membawa ahli keluarga termasuk isteri dalam kenderaan ketika mengangkut dadah seolah-olah mereka sedang bersiar-siar.

Beliau berkata, sindiket dipercayai aktif sejak Ogos 2025 dan mereka turut mengupah individu sebagai 'tentera semut' untuk membawa dadah merentasi hutan sempadan negara melalui laluan haram, selain turut dikesan mempunyai kapasiti menyeludup melalui laluan perairan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut; https://www.bharian.com.my/.../polis-rampas-dadah-rm255...

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan Berita Harian

May be an image of ‎text that says '‎蜜專製 ل jsjnpdrmofficial 0 jsjnpdrm_official jsjnpdi officia f Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM QADAH @

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎家画 D 量 두입C 我 A कকনर 동가A ® ه jsjnpdrmofficial © jsjnpdrm_ jsjnpdrm_official

May be an image of ‎dais, newsroom and ‎text that says '‎기키 ඇරෙളി ጽሀቻች ه स ه sjnpdrmofficial 回 jsjnpdrm_official f Jabata

May be an image of ‎ambulance and ‎text that says '‎زم อติเมีร 6 jsjnpdrmofficial ® jsjnpdrm_ jsjnpdrm_official official f Jabatan S

May be an image of text



ArticlePublished 30 Mar 2026 8.18 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM