Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Polis Rampas Dadah Rm14 39 Juta Lumpuh Sindiket Antarabangsa Di Iskandar Puteri

Diterbitkan: 08 Apr 2025 8.20 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.06 PM
Iskandar Puteri, 8 April 2025 - Polis percaya dapat melumpuhkan satu sindiket yang mengeksport dadah ke Singapura dan Indonesia, susulan rampasan dadah seberat 121 kilogram (kg) bernilai RM14.39 juta di sini, empat hari sebelum sambutan Aidilfitri lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-polis-rampas-dadah-rm14-39-juta-lumpuh-sindiket-antarabangsa-di-iskandar-puteri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:47 MYT
Iskandar Puteri, 8 April 2025 - Polis percaya dapat melumpuhkan satu sindiket yang mengeksport dadah ke Singapura dan Indonesia, susulan rampasan dadah seberat 121 kilogram (kg) bernilai RM14.39 juta di sini, empat hari sebelum sambutan Aidilfitri lalu.

Dalam serbuan ke atas sebuah pangsapuri mewah kira-kira jam 5.35 petang, 27 Mac lalu itu, polis turut menahan sepasang kekasih warga tempatan berusia 28 tahun disyaki menjadi "transporter" (penghantar) sindiket dadah terbabit.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, sindiket dadah berkenaan adalah antara yang terbesar beroperasi di negeri ini sejak penghujung tahun lalu.

Katanya, pembongkaran sindiket itu susulan operasi bersepadu JSJN Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen hasil risikan awal yang membawa kepada penahanan pasangan kekasih berkenaan di sebuah kawasan parkir pangsapuri mewah terbabit.

"Hasil pemeriksaan di kerusi penumpang belakang kereta pasangan kekasih itu mendapati dua bungkusan mampat plastik berisi Syabu seberat 2kg, enam bungkusan Heroin (3.3kg) dan empat bungkusan mampat Heroin 'base' (1.5kg).

"Ia kemudian membawa kepada serbuan ke sebuah unit pangsapuri mewah di situ, sebelum menjumpai 56 bungkusan pil Ekstasi seberat 83kg dan 69 bungkusan plastik Heroin (31.2kg) di dalam sebuah almari," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-rampas-dadah-rm1439...

ArtikelDiterbitkan 08 Apr 2025 8.20 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.06 PM