
Artikel
POSTING PILIHAN: POLIS RAMPAS DADAH BERNILAI LEBIH RM23 JUTA, TAHAN TIGA LELAKI - PENGARAH JSJN
Kuala Lumpur, 15 Februari 2025 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menumpaskan sindiket pengedaran dadah rentas sempadan membabitkan nilai rampasan lebi...
Kuala Lumpur, 15 Februari 2025 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menumpaskan sindiket pengedaran dadah rentas sempadan membabitkan nilai rampasan lebih RM23 juta serta menahan tiga lelaki dalam operasi di Lembah Klang, Selasa lepas.
Beliau berkata, polis menjumpai satu bungkusan plastik teh cina berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis Syabu dan ketulan disyaki Ketamin di sebuah bilik di rumah tersebut.
Pihaknya turut menemukan 10 guni putih berisi 250 bungkusan teh cina mengandungi ketulan Ketamin di bahagian tempat duduk penumpang belakang barisan pertama sebuah kereta Hyundai Starex.
“Sementara itu, pemeriksaan di barisan kedua bahagian tempat duduk penumpang belakang menjumpai dua guni berisi 30 bungkusan teh cina mengandungi Ketamin dan 15 bungkusan mengandungi Syabu, pemeriksaan bahagian but kereta telah menjumpai 13 guni putih berisi 260 bungkusan teh cina mengandungi Syabu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Bacaan lanjut seperti dalam pautan berikut,