
Article
Posting Pilihan Polis Pulau Pinang Dan Pgu Subang Uruskan Penerbangan Ihsan Bawa Pesara Polis
Bukit Mertajam, 7 Januari 2024 - Polis Pulau Pinang dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Subang telah menguruskan penerbangan ihsan bagi membawa pesara Sub Inspekto...
Bukit Mertajam, 7 Januari 2024 - Polis Pulau Pinang dan Pasukan Gerakan Udara (PGU) Subang telah menguruskan penerbangan ihsan bagi membawa pesara Sub Inspektor Othman Mohamed Said yang pernah bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah, untuk menjalani rawatan sakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pagi tadi.
Pesakit dibawa menggunakan helikopter Agusta AW139 yang dipandu Juruterbang, Superintendan Amirul Adli Ahmad bersama Pembantu Juruterbang, Superintendan Mohd Fairuz Jamil dan Sub Inspektor Azhar Shari serta Sarjan Luke Rengga Unjah sebagai pemerhati udara berlepas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam pada 8.30 pagi tadi menuju ke padang bola Hospital Kuala Lumpur untuk dibawa ke IJN.
Hadir sama membuat lawatan kebajikan adalah Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Khaw Kok Chin untuk menyantuni dan seterusnya memberikan kata-kata semangat kepada pesakit.