Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Polis Ipd Rompin Dan Balai Kuala Rompin Ceriakan Hari Pelajar Tadika Pasti Al Majid Dan Pasti Al Haq

Diterbitkan: 13 Sep 2023 1.08 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin dan Balai Polis Kuala Rompin, Pahang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Balai, Sarjan Mejar Rabiatul Adawiyah Yaakob berbesar hati melayani kanak-kanak dari Tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Majid dan PASTI Al Haq yang hadir melakukan lawatan sambil belajar ke IPD dan balai berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-polis-ipd-rompin-dan-balai-kuala-rompin-ceriakan-hari-pelajar-tadika-pasti-al-majid-dan-pasti-al-haq
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:12 MYT
Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin dan Balai Polis Kuala Rompin, Pahang diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Balai, Sarjan Mejar Rabiatul Adawiyah Yaakob berbesar hati melayani kanak-kanak dari Tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al Majid dan PASTI Al Haq yang hadir melakukan lawatan sambil belajar ke IPD dan balai berkenaan.

Seramai 18 orang murid dalam lawatan tersebut yang begitu teruja dan ceria apabila berpeluang menaiki kenderaan yang digunakan oleh polis dalam tugasan harian.

Dalam lawatan tersebut mereka turut diberikan pendedahan tentang keselamatan diri serta tips pencegahan jenayah selain memupuk minat mereka dalam bidang kepolisan.


May be an image of 2 people, child and text that says 'RAHR ROMPIN'

May be an image of 8 people, motorcycle, scooter and text

May be an image of 6 people and text
ArtikelDiterbitkan 13 Sep 2023 1.08 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM