Artikel
Posting Pilihan Polis Balai Telok Sengat Raikan Murid Tadika Kemas Felda Semenchu
Kegembiraan murid-murid dari Tadika Kemas Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor jelas terlihat di wajah mereka apabila berpeluang melawati Balai Polis Telok Senga...
Kegembiraan murid-murid dari Tadika Kemas Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor jelas terlihat di wajah mereka apabila berpeluang melawati Balai Polis Telok Sengat, di sini, semalam.
Kehadiran 40 murid bersama empat guru dan 11 penjaga itu disambut mesra Timbalan Ketua Polis Balai, Sarjan Muhamad Azri Syah Hassan.
Sesi lawatan turut diisi dengan taklimat berkaitan keselamatan diri, penugasan anggota polis dan fungsi balai polis.