Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pjp Sarawak Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Si B Ngalinuh Bala

Published: 25 Jun 2020 3.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Miri, 25 Jun 2020 – Pesuruhjaya Polis (PJP) Sarawak, CP Dato' Aidi Ismail memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Sub Inspektor (Bersara) Ngalinuh Bala @ Kilah Ratu (S.P) di Kampung Lusut, Taman Tunku, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pjp-sarawak-beri-penghormatan-terakhir-kepada-mendiang-si-b-ngalinuh-bala
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:26 MYT

Miri, 25 Jun 2020 – Pesuruhjaya Polis (PJP) Sarawak, CP Dato' Aidi Ismail memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Sub Inspektor (Bersara) Ngalinuh Bala @ Kilah Ratu (S.P) di Kampung Lusut, Taman Tunku, di sini, semalam.

Dato' Aidi berkata, penghormatan penuh terhadap mendiang itu akan diuruskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerajaan negeri Sarawak.

"Kehilangan ini bukan hanya kehilangan kepada keluarga mendiang tetapi juga negara khususnya Pasukan.

"Kita kehilangan seorang pahlawan yang dikurniakan SP (Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa) yang banyak berjasa kepada negara khususnya negeri Sarawak.

"Saya difahamkan upacara pengebumian akan diadakan pada Jumaat dan pihak polis akan memberikan penghormatan penuh kepada mendiang dan beliau layak diberikan taraf istiadat pengebumian Negeri," katanya ketika ditemu bual pemberita.

Dalam pada itu, Dato' Aidi berkata PDRM akan memenuhi permintaan keluarganya agar mendiang dikebumikan di Miri.

Dato' Aidi turut menyampaikan ucapan takziah bagi pihak Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador kepada keluarga mendiang di atas kehilangan tersebut.

Sumber: Polis Daerah Miri dan Utusan Borneo Online

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: 2 people, people standing and indoor

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Image may contain: 2 people
ArticlePublished 25 Jun 2020 3.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM