Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pjp Sabah Pantau Projek Penyelenggaraan Kompleks Perumahan Ipd Keningau

Diterbitkan: 03 Oct 2023 6.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Kinabalu, 3 Oktober 2023 - Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun hadir melakukan tinjauan ke Kuarters Blok C JKR 8809 di Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pjp-sabah-pantau-projek-penyelenggaraan-kompleks-perumahan-ipd-keningau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:51 MYT
Kota Kinabalu, 3 Oktober 2023 - Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun hadir melakukan tinjauan ke Kuarters Blok C JKR 8809 di Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, di sini, semalam.

Kehadiran beliau bertujuan melihat sendiri perkembangan penyelenggaraan projek yang dilakukan oleh pihak syarikat di samping memastikan kerja-kerja yang dijalankan mematuhi piawaian dan skop kerja yang telah ditetapkan.

Turut hadir dalam lawatan tersebut, Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Sabah, ACP Datin Laila Hj. Sagir, Pegawai Pemerintah Batalion 20 Beluran, ACP Ahmad Radzi Husain dan Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai.

Sumber: Polis Sabah

ArtikelDiterbitkan 03 Oct 2023 6.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM