
Article
Posting Pilihan Pil Kuda Bernilai Jutaan Ringgit Disorok Dalam Najis Lembu Enam Warga Tempatan Ditahan
Pasir Mas, 3 Julai 2025 - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah serta merampas pil kuda seberat 35.4 kilogram (kg) bernilai RM5.04 juta dalam enam serbua...
Pasir Mas, 3 Julai 2025 - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah serta merampas pil kuda seberat 35.4 kilogram (kg) bernilai RM5.04 juta dalam enam serbuan di sini dan Tumpat pada Jumaat lepas.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, lima lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 25 hingga 39 tahun turut ditahan dalam operasi berkenaan.
"Menerusi serbuan pertama, JSJN menahan sebuah kereta Perodua Axia di Jalan Gajah Mati, Banggol Chica, Pasir Mas dengan seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas. Pemeriksaan menemukan 115 gram (g) pil kuda sebelum pemeriksaan susulan di rumahnya di kawasan sama turut menemui 112g pil kuda.
"Seterusnya, pemeriksaan di kandang lembu di belakang rumah suspek menemukan 20kg pil kuda yang disembunyikan dalam lambakan najis lembu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan seperti berikut,
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan BERNAMA