Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pgu Subang Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Bayi Dapatkan Rawatan Segera Di Hospital

Published: 12 Mar 2024 11.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Langkawi, 12 Mac 2024 - Pasukan Gerakan Udara (PGU) Subang telah melakukan penerbangan ihsan bagi membawa seorang pesakit iaitu bayi berumur dua bulan yang menghidap sakit "pertussis infection" bersama peralatan "intubated and ventilated machine", "vital monitor" dan "suction pump" dari Hospital Sultanah Maliha ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pgu-subang-lakukan-penerbangan-ihsan-bawa-bayi-dapatkan-rawatan-segera-di-hospital
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:34 MYT
Langkawi, 12 Mac 2024 - Pasukan Gerakan Udara (PGU) Subang telah melakukan penerbangan ihsan bagi membawa seorang pesakit iaitu bayi berumur dua bulan yang menghidap sakit "pertussis infection" bersama peralatan "intubated and ventilated machine", "vital monitor" dan "suction pump" dari Hospital Sultanah Maliha ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, semalam.

Bayi berkenaan dibawa menggunakan helikopter Agusta AW139 yang dipandu Juruterbang, Superintendan Mohd Fairuz Jamil bersama Pembantu Juruterbang, ASP Muhammad Amir Isa, Lans Koperal Muhamad Zakwan Razali dan Lans Koperal Noor Azlinda Norsam sebagai Pemerhati Udara serta pasukan perubatan hospital.

Penerbangan tersebut selamat mendarat dan bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi Pediatrik bagi mendapatkan rawatan susulan dengan segera.

Sumber: Pasukan Gerakan Udara

May be an image of 7 people and helicopter

May be an image of 4 people, ambulance, helicopter and text that says '9M-PMD POLISD MALAY × 01'

May be an image of 4 people, helicopter, van, ambulance, hospital and text that says 'POLIS DIRAJI MALAYSIA 一 FERNO'

May be an image of 2 people, ambulance and hospital

May be an image of 2 people, ambulance and text

May be an image of 8 people, helicopter and motorcycle
ArticlePublished 12 Mar 2024 11.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM