
Artikel
Posting Pilihan Pgu Subang Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Bayi Dapatkan Rawatan Segera Di Hospital
Langkawi, 12 Mac 2024 - Pasukan Gerakan Udara (PGU) Subang telah melakukan penerbangan ihsan bagi membawa seorang pesakit iaitu bayi berumur dua bulan yang men...
Langkawi, 12 Mac 2024 - Pasukan Gerakan Udara (PGU) Subang telah melakukan penerbangan ihsan bagi membawa seorang pesakit iaitu bayi berumur dua bulan yang menghidap sakit "pertussis infection" bersama peralatan "intubated and ventilated machine", "vital monitor" dan "suction pump" dari Hospital Sultanah Maliha ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, semalam.
Penerbangan tersebut selamat mendarat dan bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dimasukkan dalam Unit Rawatan Rapi Pediatrik bagi mendapatkan rawatan susulan dengan segera.
Sumber: Pasukan Gerakan Udara