Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Jenazah Pegawai Jpj Dari Kkia Ke Lapangan Terbang Mukah Sarawak

Diterbitkan: 15 Sep 2023 1.32 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber: Pgu Pangkalan Sabah
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pgu-pangkalan-sabah-lakukan-penerbangan-ihsan-bawa-jenazah-pegawai-jpj-dari-kkia-ke-lapangan-terbang-mukah-sarawak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:49 MYT
Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Jenazah Pegawai Jpj Dari Kkia Ke Lapangan Terbang Mukah Sarawak
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Jenazah Pegawai Jpj Dari Kkia Ke Lapangan Terbang Mukah Sarawak
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Pgu Pangkalan Sabah Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Jenazah Pegawai Jpj Dari Kkia Ke Lapangan Terbang Mukah Sarawak

Sumber: Pgu Pangkalan Sabah
Kota Kinabalu, 15 September 2023 - Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pangkalan Sabah telah melakukan penerbangan ihsan bagi menghantar jenazah pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Daerah Beaufort, Allahyarham Zaini Sidi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Lapangan Terbang Mukah, Sarawak, semalam.

Penerbangan yang diketuai oleh Komander PGU Pangkalan Sabah, ACP Hamdan Abas bersama Juruterbang ASP Chan Chee Veng dan Sarjan Caroline Justin Thaddeus Abdullah serta Pemerhati Udara, Koperal Ahmad Syazwan Mohd Nawawi menggunakan pesawat Cessna Caravan 208 bertolak dari KKIA pada jam 4.00 petang.
Penerbangan ihsan tersebut merupakan salah satu peranan PDRM secara am dan PGU secara khasnya dalam memberi bantuan kepada lain-lain agensi kerajaan yang memerlukan bantuan pengangkutan melalui udara.

ArtikelDiterbitkan 15 Sep 2023 1.32 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM