Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pga Serbu Kilang Proses Kayu Di Pantai Timur Nilai Rampasan Cecah Rm97 Juta

Diterbitkan: 27 May 2025 11.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.00 PM
Kuantan, 27 Mei 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dengan kerjasama Jabatan Perhutanan, melakukan 32 serbuan ke atas kilang pemprosesan kayu di Kelantan, Terengganu dan Pahang antara 11 Februari hingga 20 Mei lalu, membabitkan rampasan bernilai RM97 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pga-serbu-kilang-proses-kayu-di-pantai-timur-nilai-rampasan-cecah-rm97-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:27 MYT
Kuantan, 27 Mei 2025 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dengan kerjasama Jabatan Perhutanan, melakukan 32 serbuan ke atas kilang pemprosesan kayu di Kelantan, Terengganu dan Pahang antara 11 Februari hingga 20 Mei lalu, membabitkan rampasan bernilai RM97 juta.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, berkata pihaknya melancarkan Op Bersepadu Khazanah (Op Sawmill) siri satu dan dua, membabitkan serbuan ke atas 18 premis iaitu dua di Terengganu dan 16 di Kelantan.

"Operasi membawa kepada penangkapan 53 individu dan rampasan pelbagai jenis kayu dan barangan dianggar bernilai RM66 juta," katanya pada sidang media di PGA Briged Tenggara, Kem Bukit Galing di sini, hari ini.

Beliau berkata, Op Sawmill siri ketiga membabitkan 14 serbuan ke atas tujuh premis di Pahang manakala bakinya di Terengganu dan Kelantan.

"Sebanyak 45 tangkapan dilakukan dengan rampasan dianggar bernilai RM30 juta. Daripada jumlah itu, 18 individu adalah warganegara Malaysia dan dibebaskan dengan jaminan manakala 27 lagi membabitkan warga asing yang masih direman," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pga-serbu-kilang-proses...

Sumber: Pasukan Gerakan Am - PGA dan Berita Harian

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text that says 'Η MIAN AWAM AZMI BA TPM BRIGED BRIGEDTENGBARA TENGBARA'

May be an image of 2 people and text that says 'POLIS IRAJA MAL AYSIA ॐ BEBAЛ ABATAN 米 SIDANG ME PASUKAN ΑΚΑι nI ELAMATAN DALAM RI DAN KETENT SUZR

May be an image of 4 people

May be an image of 5 people and text

May be an image of 5 people and text
ArtikelDiterbitkan 27 May 2025 11.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.00 PM