Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Perkep Malaysia Adakan Program Penyampaian Sumbangan Kebajikan Di Kontinjen Johor

Published: 02 Nov 2024 2.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Muar, 2 November 2024 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah mengadakan program Penyampaian Sumbangan Kebajikan bertempat di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-perkep-malaysia-adakan-program-penyampaian-sumbangan-kebajikan-di-kontinjen-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:08 MYT
Muar, 2 November 2024 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia telah mengadakan program Penyampaian Sumbangan Kebajikan bertempat di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.

Dalam program yang diadakan, Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman berbesar hati menyampaikan bantuan berupa bakul Rahmah dan wang tunai kepada 18 penerima yang terdiri daripada balu serta anak-anak istimewa warga IPD Muar.

Puan Sri Datuk Zainah kemudiannya mengadakan lawatan ke Kampung Temiang, Muar bagi menyantuni dan memberikan kata-kata semangat kepada isteri pesara Sub Inspektor Razali Lateh yang menderita penyakit kanser.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman selaku Setiausaha Agung PERKEP Malaysia, DCP Datuk Suryani Sungit, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman selaku wakil Biro Kebajikan PERKEP Malaysia, SAC Siti Dalila Mohd Yasin, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, Puan Siti Zainab Awani Abd Razak, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz bersama isteri merangkap Pengerusi PERKEP IPD Muar, Puan Sahrahil Mohd Nor serta ahli-ahli PERKEP IPD Muar.

ArticlePublished 02 Nov 2024 2.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM