Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Perkep Malaysia Adakan Program Jalinan Kasih Bersama Komuniti Orang Asli

Diterbitkan: 27 Sep 2024 3.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Cameron Highlands, 27 September 2024 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia mengadakan program Jalinan Kasih dan sumbangan bantuan bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Menson, Ringlet, Pahang, Rabu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-perkep-malaysia-adakan-program-jalinan-kasih-bersama-komuniti-orang-asli
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:53 MYT
Cameron Highlands, 27 September 2024 - Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia mengadakan program Jalinan Kasih dan sumbangan bantuan bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Menson, Ringlet, Pahang, Rabu lalu.

Dalam program yang diadakan, Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman berbesar hati menyampaikan bantuan berupa bakul Rahmah, kerusi roda kepada balai polis dan sumbangan kebajikan kepada para pesara serta balu anggota polis Orang Asli.

Tidak ketinggalan juga penyampaian bantuan persekolahan kepada pelajar SK Menson serta sumbangan bantuan banjir warga Kontinjen Pahang.

Turut hadir, Ketua Polis Pahang, CP Dato' Sri Yahaya Othman, Pengerusi PERKEP Kontinjen Pahang, Datin Sri Sumarnie Haris dan para pegawai kanan polis serta ahli-ahli PERKEP Kontinjen Pahang.

ArtikelDiterbitkan 27 Sep 2024 3.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM