
Artikel
Posting Pilihan Penugasan Anggota Jspt Kl Pada Raptai Istiadat Keberangkatan Balik Ydp Agong
Kuala Lumpur, 28 Januari 2024 - Penugasan penutupan laluan oleh anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur (KL) di beberapa jalan u...
Kuala Lumpur, 28 Januari 2024 - Penugasan penutupan laluan oleh anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur (KL) di beberapa jalan utama dan lebuh raya sekitar ibu kota bagi raptai Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah pagi ini.
Penutupan penuh laluan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tun Perak menuju ke Bulatan Datuk Onn, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Travers, Jalan Sultan Hishamuddin dan Jalan Tun Sambanthan menuju ke Jalan Damansara.
Turut ditutup Jalan Syed Putra dan Jalan Dewan Bahasa menuju ke Jalan Istana, Jalan Sungai Besi ke arah Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Jalan Connaught dari arah Lebuhraya Syed Putra dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dari arah Pantai Dalam.
Sumber: JSPT KL