Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Penghormatan Terakhir Buat Pahlawan Negara Mendiang Pesara Sarjan Mejar Apot Saad

Published: 08 Sep 2024 3.16 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kampar, 15 September 2024 – Jenazah Pahlawan Negara mendiang pesara Sarjan Mejar Apot anak Saad yang telah meninggal dunia Sabtu lalu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Batu Berangkai, Kampar, Perak dalam satu istiadat pengkebumian yang berlangsung pada petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-penghormatan-terakhir-buat-pahlawan-negara-mendiang-pesara-sarjan-mejar-apot-saad
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 11:27 MYT
Kampar, 15 September 2024 – Jenazah Pahlawan Negara mendiang pesara Sarjan Mejar Apot anak Saad yang telah meninggal dunia Sabtu lalu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Batu Berangkai, Kampar, Perak dalam satu istiadat pengkebumian yang berlangsung pada petang semalam.

Terdahulu, satu istiadat penghormatan terakhir telah berlangsung di rumah mendiang dan Kawasan Tanah Perkuburan Kristian Batu Berangkai, Kampar yang telah dihadiri Ketua Polis Perak, CP Dato' Pahlawan Hj. Azizi Hj. Mat Aris dan timbalannya, DCP Zulkafli Sariaat serta warga Kontinjen Perak.

Mendiang yang berumur 75 tahun meninggal dunia pada jam lebih kurang 12.40 pagi di Hospital Kampar, semalam akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan sesak nafas.

Sebagai simbolik penghormatan terakhir, turut diserahkan Bendera Sang Saka Biru oleh Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Zulkafli Sariaat kepada balu mendiang, Krig Sudin sebagai mengenang jasa Sarjan Mejar Apot Saad dalam Pasukan khususnya dan negara amnya.

Pada 1 Jun 2013 atas jasa pengorbanan semasa berkhidmat dalam PDRM, mendiang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani (P.G.B.) oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-14, Almarhum Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.

Sesungguhnya, jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh mendiang akan sentiasa dikenang sepanjang zaman dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat negara serta Pasukan.

ArticlePublished 08 Sep 2024 3.16 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM