Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Penghargaan Orang Awam Kepada Pdrm

Diterbitkan: 29 Jun 2025 3.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun Facebook, Chee Heng Kuan, atas penghargaan yang dizahirkan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), atas bantuan mengiringi kenderaan jenis Perodua Myvi ke Hospital Tunku Azizah (Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur) semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-penghargaan-orang-awam-kepada-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:34 MYT
Terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun Facebook, Chee Heng Kuan, atas penghargaan yang dizahirkan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), atas bantuan mengiringi kenderaan jenis Perodua Myvi ke Hospital Tunku Azizah (Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur) semalam.

Tindakan pantas dan keprihatinan anggota JSPT tersebut telah membolehkan anak yang berusia setahun tiba di hospital dengan selamat bagi mendapatkan rawatan segera.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pegawai serta anggota yang terus komited membantu masyarakat tanpa mengira waktu dan keadaan.

Sumber: Facebook Chee Heng Kuan

ArtikelDiterbitkan 29 Jun 2025 3.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM