Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Santuni Warga Perkep Kontinjen Pulau Pinang Dalam Program Ziarah Kasih

Published: 16 Sep 2025 1.43 PM Updated: 15 Aug 2026 6.52 PM
Pulau Pinang, 16 September 2025 – Pengerusi Persatuan Keluaraga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk Hjh. Munirah Che Rose menyantuni warga PERKEP Kontinjen Pulau Pinang dalam Program Ziarah Kasih PERKEP di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengerusi-perkep-malaysia-santuni-warga-perkep-kontinjen-pulau-pinang-dalam-program-ziarah-kasih
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:14 MYT
Pulau Pinang, 16 September 2025 – Pengerusi Persatuan Keluaraga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk Hjh. Munirah Che Rose menyantuni warga PERKEP Kontinjen Pulau Pinang dalam Program Ziarah Kasih PERKEP di sini, petang tadi.

Program tesebut merupakan inisiatif keprihatinan serta komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia dalam menjaga kebajikan warga pasukan dan ahli keluarga mereka. Program Ziarah Kasih tadi dimulakan dengan menyantuni dan menziarahi kediaman Koperal Roziemma Ab Rahman di Kuarters Balai Polis Sungai Dua, seorang ibu tunggal yang tabah membesarkan enam orang anak yang masih bersekolah.

Datin Sri Datuk Hjh. Munirah meneruskan lawatan ke rumah Sarjan Nor Farhana Mahmud di Kubang Semang, Bukit Mertajam. Beliau merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak termasuk seorang anak yang menghidap penyakit Hydracephaly sebelum mengakhiri Program Ziarah PERKEP dengan menyantuni Puan Nur Balqis Izazi, balu kepada Allahyarham Konstabel Sokongan Mohamad Haris Izudin Saharudin. Puan Nur Balqis yang kehilangan suami tercinta pada bulan Mei lalu, cekal membesarkan bayi mereka berusia sebulan di Taman Sutera Prima, Seberang Jaya.

Dalam lawatan itu, Pengerusi PERKEP Malaysia menyampaikan sumbangan kebajikan serta kata-kata semangat sebagai tanda keprihatinan kepada keluarga yang disantuni.
Hadir sama mengiringi Pengerusi PERKEP Malaysia ialah Pengerusi PERKEP Kontinjen Pulau Pinang, Datin Roslina Mohd Razak, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Pulau Pinang, Datin Wan Norazah Wanchik dan ahli-ahli PERKEP Kontinjen Pulau Pinang.

Jurugambar : Koperal Amira Hanim Md Zaini dan Konstabel Nur Farrah Ain Kamaludin dari Hal Ehwal Awam dan Pesara Polis Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang

ArticlePublished 16 Sep 2025 1.43 PMUpdated 15 Aug 2026 6.52 PM