
Article
Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Ketuai Misi Bantuan Banjir Di Kontinjen Kelantan
Kota Bharu, 7 Disember 2024 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman mengetuai Program Kebajikan Misi Bantuan Banji...
Kota Bharu, 7 Disember 2024 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman mengetuai Program Kebajikan Misi Bantuan Banjir bagi membantu warga Kontinjen Kelantan yang terkesan akibat bencana itu, di sini, semalam.
Program itu merupakan hasil kerjasama PERKEP Malaysia, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang mencerminkan keprihatinan Kerajaan terhadap warga Polis Diraja Malaysia yang terjejas, di samping meringankan beban mereka yang ditimpa musibah.
Terdahulu, ketibaan Puan Sri Datuk Zainah disambut Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan, Datin Hasnizan Hasan bersama naib pengerusinya, Puan Norainon Hj. Ramli serta ahli-ahli PERKEP negeri.
Dalam program tersebut, Puan Sri Datuk Zainah berbesar hati menyampaikan sumbangan berupa makanan kering dan bantuan kewangan kepada 300 penerima yang terdiri daripada pegawai, anggota serta pegawai awam kontinjen berkenaan.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengerusi PERKEP IPD Pasir Mas, Puan Norizan Awang, Pengerusi PERKEP IPD Tumpat, Puan Nor Aishah Jaafar dan ahli-ahli PERKEP kedua-dua daerah tersebut.