Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Ketuai Misi Bantuan Banjir Di Kontinjen Kelantan

Diterbitkan: 07 Dec 2024 7.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kota Bharu, 7 Disember 2024 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman mengetuai Program Kebajikan Misi Bantuan Banjir bagi membantu warga Kontinjen Kelantan yang terkesan akibat bencana itu, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengerusi-perkep-malaysia-ketuai-misi-bantuan-banjir-di-kontinjen-kelantan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:13 MYT
Kota Bharu, 7 Disember 2024 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman mengetuai Program Kebajikan Misi Bantuan Banjir bagi membantu warga Kontinjen Kelantan yang terkesan akibat bencana itu, di sini, semalam.

Program itu merupakan hasil kerjasama PERKEP Malaysia, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang mencerminkan keprihatinan Kerajaan terhadap warga Polis Diraja Malaysia yang terjejas, di samping meringankan beban mereka yang ditimpa musibah.

Terdahulu, ketibaan Puan Sri Datuk Zainah disambut Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan, Datin Hasnizan Hasan bersama naib pengerusinya, Puan Norainon Hj. Ramli serta ahli-ahli PERKEP negeri.

Dalam program tersebut, Puan Sri Datuk Zainah berbesar hati menyampaikan sumbangan berupa makanan kering dan bantuan kewangan kepada 300 penerima yang terdiri daripada pegawai, anggota serta pegawai awam kontinjen berkenaan.

Beliau turut berkesempatan menyantuni mangsa-mangsa banjir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) PASIR MAS sebelum meneruskan misi bantuan ke Balai Polis Meranti, diikuti IPD Tumpat dan berakhir di Balai Polis Kuala Jambu.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengerusi PERKEP IPD Pasir Mas, Puan Norizan Awang, Pengerusi PERKEP IPD Tumpat, Puan Nor Aishah Jaafar dan ahli-ahli PERKEP kedua-dua daerah tersebut.

ArtikelDiterbitkan 07 Dec 2024 7.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM