Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengerusi Perkep Malaysia Adakan Lawatan Kebajikan Mangsa Insiden Helikopter Pdrm Terhempas

Published: 14 Jul 2025 8.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Johor Bahru, 14 Julai 2025 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Hjh. Munirah Che Rose telah mengadakan lawatan kebajikan ke Kontinjen Johor bagi menyantuni lima pegawai polis yang terlibat dalam insiden nahas helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) di muara laut Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Sungai Pulai, Gelang Patah, baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengerusi-perkep-malaysia-adakan-lawatan-kebajikan-mangsa-insiden-helikopter-pdrm-terhempas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:24 MYT
Johor Bahru, 14 Julai 2025 – Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Hjh. Munirah Che Rose telah mengadakan lawatan kebajikan ke Kontinjen Johor bagi menyantuni lima pegawai polis yang terlibat dalam insiden nahas helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) di muara laut Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Sungai Pulai, Gelang Patah, baru-baru ini.

Kehadiran beliau di Hospital Sultanah Aminah telah diiringi oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah Komersil merangkap Pengerusi Biro Kebajikan PERKEP Malaysia, Datin Zuraini Abd Razak bersama Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, Datin Shanti P. Santhanam Pillai.

Datin Sri Hjh. Munirah telah memberikan kata-kata semangat sebagai motivasi kepada mangsa dan ahli keluarga yang turut terkesan dengan insiden yang berlaku. Beliau turut menzahirkan bahawa setiap ujian dan cabaran yang dihadapi merupakan sebahagian daripada amanah dan tanggungjawab warga PDRM dalam menjalankan tugas.

PERKEP sentiasa komited menjadi tulang belakang kepada warga PDRM dalam memberikan sokongan moral dan kebajikan selari dengan objektif penubuhannya.
Usai lawatan yang diadakan, beliau bersama delegasi berkesempatan menziarahi Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinain di kediamannya di Johor Bahru, yang kini dalam proses pemulihan selepas diserang strok ketika menjalankan tugas beberapa bulan yang lalu.

ArticlePublished 14 Jul 2025 8.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM