Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Rasmi Majlis Penutupan Program Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pdrm Kontinjen Kelantan

Diterbitkan: 26 Sep 2025 8.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pasir Mas, 25 September 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid hadir merasmikan Majlis Penutupan Program Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan yang berlangsung di Dewan Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-rasmi-majlis-penutupan-program-seminar-kenegaraan-malaysia-madani-pdrm-kontinjen-kelantan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:16 MYT
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Rasmi Majlis Penutupan Program Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pdrm Kontinjen Kelantan
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Rasmi Majlis Penutupan Program Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pdrm Kontinjen Kelantan
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Rasmi Majlis Penutupan Program Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pdrm Kontinjen Kelantan

Pasir Mas, 25 September 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid hadir merasmikan Majlis Penutupan Program Seminar Kenegaraan Malaysia M...

Pasir Mas, 25 September 2025 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid hadir merasmikan Majlis Penutupan Program Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan yang berlangsung di Dewan Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, semalam.

Program anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri Negeri Kelantan dengan kerjasama PDRM Kontinjen Kelantan ini merupakan siri penutup selepas penganjuran di semua kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Negeri yang sebelum ini melibatkan lebih 6,000 warga PDRM di seluruh negara.

Seminar ini berjaya memberi pendedahan bermakna kepada warga PDRM serta menjadi wadah aspirasi dalam memperkukuh semangat kenegaraan selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

Turut hadir, Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), Bukit Aman, DCP Mohd Asri Md Akhir, barisan pegawai AKM dan barisan pegawai PDRM.

Sumber: Akademi Kenegaraan Malaysia, Negeri Kelantan

No photo description available.

May be an image of 9 people and text

May be an image of 1 person and dais

May be an image of 6 people and text

May be an image of 1 person, dais and text


ArtikelDiterbitkan 26 Sep 2025 8.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM