
Article
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Hadir Majlis Penyerahan Dan Demonstrasi Penggunaan Mesin Kira Bmi Di Kontinjen Sabah
Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim hadir ke Majlis Penyerahan dan Demonstrasi Penggunaan Mesin Pengiraan “Body Mass Index” (BMI) bertempat di Au...
Kota Kinabalu, 14 Oktober 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim hadir ke Majlis Penyerahan dan Demonstrasi Penggunaan Mesin Pengiraan “Body Mass Index” (BMI) bertempat di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.
BMI adalah penanda aras yang digunakan untuk menentukan diet harian yang tepat dan memiliki berat badan ideal bagi seorang pegawai polis demi memastikan kecekapan dalam menjalankan tugasan harian serta mengekalkan tahap kecergasan yang diperlukan dalam Pasukan.
Turut hadir, Komander Briged Sabah Pasukan Gerakan Am, SAC Datuk Abdul Rani Alias, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Bukit Aman, SAC Mohd Zaini Abu Hassan, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Hal Ehwal Pesara Polis) Bukit Aman, SAC Alina Saad, barisan Ketua Jabatan dan warga polis IPK Sabah.