Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Hadir Majlis Peluncuran Kempen Galakan Membaca Dan Penyerahan Buku Pdrm Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Ta

Published: 08 May 2025 2.55 AM Updated: 15 Aug 2026 8.02 PM
Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid ke Majlis Peluncuran Kempen Galakan Masyarakat Membaca dan Penyerahan Buku Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 2025 di Dewan Seri Melati, Putrajaya, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-hadir-majlis-peluncuran-kempen-galakan-membaca-dan-penyerahan-buku-pdrm-peringkat-wilayah-persekutuan-putrajaya-ta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:28 MYT
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Hadir Majlis Peluncuran Kempen Galakan Membaca Dan Penyerahan Buku Pdrm Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Ta
Home / Article / Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Hadir Majlis Peluncuran Kempen Galakan Membaca Dan Penyerahan Buku Pdrm Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Ta
Back to Library
Article

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Hadir Majlis Peluncuran Kempen Galakan Membaca Dan Penyerahan Buku Pdrm Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Ta

Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid ke Majlis Peluncuran Kempen Galakan Masyarakat Membaca dan Penyerahan Buku Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pe...
Putrajaya, 8 Mei 2025 – Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid ke Majlis Peluncuran Kempen Galakan Masyarakat Membaca dan Penyerahan Buku Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 2025 di Dewan Seri Melati, Putrajaya, semalam.

Kehadiran beliau yang mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain menyerikan lagi majlis yang bertujuan menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat serta menghargai jasa pasukan keselamatan negara.

Penerbitan buku bertajuk “PDRM Sejarah Penubuhan Pengorbanan dan Kejayaan Dalam Mengekalkan Keamanan Negara” itu merupakan inisiatif bersama Yayasan Pembangunan Buku Negara dan PDRM sebagai penghargaan terhadap pengorbanan Pasukan polis dalam memastikan keamanan negara serta memperkukuh semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Majlis semalam menyaksikan sesi penyerahan buku kepada Pengetua-pengetua sekolah di Putrajaya, penyampaian Anugerah Pemerkasaan Bacaan Murid selain penghargaan kepada rakan strategik yang terlibat dalam pemerkasaan budaya ilmu.

Kemuncak acara ialah penyampaian Anugerah Khas Buku Negara kepada Bekas Pengarah Pengurusan Bukit Aman, CP Datuk Kamaruddin Md Ali bagi Buku Umum Terbaik kategori Kepimpinan dan Pengurusan serta kepada Datuk Khirudin Drahman dan Encik Leonard Sabu yang menerima anugerah Buku Umum Terbaik kategori Keselamatan dan Kesejahteraan Komuniti.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku Negara, Tan Sri Profesor Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, wakil Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Aniza Kamaruzaman, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia, Datuk Khirudin Drahman dan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Tuan Hj. Ezaiddin Hussain.


May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 10 people, dais and text

May be an image of one or more people, dais, crowd and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text that says '8 8 FACEBOOK ά'οοχ RASHI ABATAN LK KiN NPEN ุองเ MAJLIS PENYERAHAN BUKU PDRM KEPADA

ArticlePublished 08 May 2025 2.55 AMUpdated 15 Aug 2026 8.02 PM