Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Hadir Majlis Anugerah Kecemerlangan Kdn

Diterbitkan: 21 Apr 2026 1.36 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.51 PM
Putrajaya, 21 April 2026 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid telah menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung di Putrajaya Marriott Hotel, IOI Resort City, di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-hadir-majlis-anugerah-kecemerlangan-kdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:49 MYT
 
Putrajaya, 21 April 2026 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid telah menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung di Putrajaya Marriott Hotel, IOI Resort City, di sini semalam.

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam majlis tersebut, seramai 313 pegawai telah diraikan sebagai penghargaan atas prestasi cemerlang serta komitmen tinggi yang ditunjukkan dalam perkhidmatan.

Kehadiran Dato’ Sri Abdul Aziz adalah mewakili Polis Diraja Malaysia atas pengiktirafan terhadap perkhidmatan cemerlang serta pencapaian membanggakan yang telah diraih sepanjang tahun 2025.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman.

ArtikelDiterbitkan 21 Apr 2026 1.36 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.51 PM